AainaA

The Alchemist of the Soul

Tinta-tinta Godaan


Perasaan, itulah kesemuanya. Hidup bagai perasaan. Mati sebagai perasaan.

Rindu, berdegup diqolbu
Resah umpama ceraian malam dan siang
Kuingin sekali lagi kucup bibirmu sayang
Bergelora bagai kilat, dan petir…

AainaA, Cité des Arts, ParisSetiap langkah kehadapan mahu pun kebelakang adalah kurnia perasaan harian yang menunggu untuk membisik dan menguraikan sebuah cerita yang akan menjadi saksi, dihari kemudian. Itulah kitabyang tersedia, dibibir, dihati, sentiasa diperhatikan mata-mata yang tidur, mahupun bercelak besar mengikutimu dimana jua kamu berada – matanya tanah, air, angin dan api kesemuanya bersatu melihat dari jauh, nun disana, dan sedekat mikrob-mikrob yang keliaran yang kurang dirasai, walaupun sudah beribu tahun usianya membiak saperti cacing-cacing di dalam lumpur yang kemudian hidup menghiasi dunia bagaikan boneka, mewarni hampasan yang teramat indah menghijabkan mata dan hati untuk mengenali diri, dengan lebih sempurna.

Segalanya, adalah perasaan. Yang memahami akan dunia, syorga atau neraka itu adalah perasaan. Dan perasaan yang membasahi hati bernokhta atau tidak.. itulah yang menhidupkan jiwa tersekat bagaikan benih-benih yang sukar membuahkan bab-bab perasaan yang azali. Keinginan terhadap sesuatu walaupun untuk beribadah adalah perasaan – dan perasaan ini diungkap antara dunia yang tiada, dan dunia yang ada. Apakah itu dunia? Adakah ianya wujud buat selamanya, hidup dan mati ? Adakah yang mati itu pernah mengalami kehidupan ? Dan apa pula dengan kesaksian seharian yang beredar sebagai matahari dan sujudnya bulan menerangi malam?

Hidup adalah ni’mat dan anugerah yang paling afdhal – perasaan yang paling tinggi dizahirkan untuk kalian memahami akan penzahiran pagi dan bintang, malam berbulan dan siang yang mati. Setiap ungkapan, walaupun sebesar zahrah adalah titik-titik cinta yang diselimuti perasaan yang belum dikenali, untuk kalian memahami akan diri kalian, hubungan cinta antara diri yang wujud sebenar wujud, dan diri yang tidak berdiri.

Kini
Dikau telah tiada, hanya
Tinta-tinta merah godaan, bagai sinaran
Bagai tikaman, membasahi malam {yang} tidak berbulan

2
Share and Enjoy:

Filed under: Insights, بيت الحكمة‎

Tagged: , , , , , , , , ,

blog comments powered by Disqus