Titik, dizahirkan sebelumnya tiada bernokhta. Tidak ada… tidak bermakna tidak wujud kerana asma dan kata nama tidak zahir diperkarangan pandangan minda kalian, maka yang wujud memahami segala sesuatu itu, walau pun diperkarangan tidak dizahirkan tidak bermakna ianya tidak wujud.

Sama sekali dengan pantulan bayangan didalam cermin sebelum datangnya penzahiran bayangan tersebut diminda kalian untuk memahami sifat asma, dan kata nama yang memainkan peranan utama. Ketahuilah bahawa yang memahami akan tercatit ini sebelumnya tidak tercatit, yakni katakata qolbu … hanya ruhil yang sentiasa didalam kefahaman fa’il, asma dan sifatnya, zahir dan bathin yang memahami akan ‘bayangan’ yang tidak tersebut titik di-alam Al`Ala.
Maka, apakah itu yang dikatakan ‘zahir’, dan apakah itu yang dikatakan ‘bathin’ ? Apakah titik yang belum dizahirkan itu tiada bernokhta ?
Paling afdhol memakai sifat asma yang menyesatkan walaupun asma penzahirannya dikatakan nyata dan positif, di-alam Al`Ala, adalah mereka yang sebuk dengan menhulurkan perkataan ‘sesat’ kepada sesuatu kaum yang yang tidak memantul kembali fa’il-fa’il lazim {yakni fa’il-fa’il fiqh yang dikenali ahli sunnah waljamaah}, yang kononnya “berkurangan” – mereka yang sebuk tidak mahu melihat, akan penzahiran nurullaah, dan tidak mahu memahami akan ‘perwujudan’ diri di-alam kasar ini, mereka yang bodoh sombong, kerana Allaah Tabaraka wa Ta`Ala, tidak bodoh dan tidak memakai sifat-sifat kesombongan di-alam kasar untuk menzahirkan `ilmu-`ilmu afdhol yang hanya ruhil yang tercelik memahami.
Ketahuilah, setiap yang dizahirkan diDunia mu yang kasar ini, walaupun ianya ber-habluminAllaah didalam sifat yang bukan ternyata mengikut kefahaman ahli sunnah waljamaah ada fiqhnya {sharii’a} yang telah dizahirkan Allaah Tabaraka wa Ta`Ala baginya. Maka pedulikanlah dirimu dengan fiqh mu, dan kembali pulang kepada yang azali tanpa menghiraukan kiranya mereka yang menyembah batu ataupun cakrawala Lathifuun, itu mengzahirkan ‘dzikr’ nya mengikut cara kamu! Adakah kamu menhujani langit-langit tujuh ratus ribu lapisan untuk berdakwah kepada kaum Lathifuun akan cara yang sebenarnnya berdzikrullaah ?
Faham lah kerana batu-batu yang dilihat mati dimata kasarmu, masih bersolah {dzikr} tetapi kalian yang tidak memahaminya !!
RasulAllaah SalAllaah Tabaraka wa Ta`Ala `AalaihisSalaam, dizahirkan untuk membaca AlQur’aanulQariim {yang di’zahir’kan}, apabila Saidina Jibra`il menjelma {dizahirkan dirinya dengan izin Allaah Tabaraka wa Ta`Ala} untuk mengulas ismAllaah – IQRA! Dikatakan “Baca!” Maka RasulAllaah SalAllaah Tabaraka wa Ta`Ala `AalaihisSalaam didalam posisi antara dua alam, kembalikan fa’il yang beliau tidak mengerti apakah itu yang sebenarnya yang diingini Saidina Jibra’il, ingin akan Beliau membaca. Terzahir alam ini bagi Baginda RasulAllaah SalAllaah Tabaraka wa Ta`Ala `AalaihisSalaam untuk membaca, dan juga untuk menyampaikan kepada kaumnya diwaktu itu sama perumpamaannya, dengan pantulan bayangan diminda kalian untuk memahami sifat asma, dan kata nama {fa’il} yang memainkan peranan utama didalam kehidupan kalian. Mereka yang kurang peka dengan penzahiran RasulAllaah SalAllaah Tabaraka wa Ta`Ala `AalaihisSalaam, yang mengatakan beliau sudah lama ‘mati’ harus kembali balik bertafaqqûr kerana untuk mencapai solah yang afdhol, lagi mantap, ialah memahami akan kepekatan tinta titik dizahirkan, yakni alam kasar ini sebelum ianya sendiri dizahirkan.
Kenali Islaam AdDeen, dengan sebenarnya bukan dengan bersolah sebagai boneka yang sentiasa berkurangan. Kerana kalian bukan boneka patung yang diukirkan dari batu-batu marmar, atau permata berlian !!
Maka mereka yang kurang memahami harus bertafaqqûr kerana di’dalam’ penzahiran ‘Masa’, manusia itu sentiasa didalam kerugian kiranya ianya tidak, mengambil kesempatan untuk memahami akan penzahiran haqiqi – disini perbahasan ruhil yang mengenal akan nafs-nafs {manusia yang sentiasa nyenyak dan belum celik mata sebelum ‘mati’} yang sentiasa bertungkus lumus untuk bermastautin takhta Robbubiyah tanpa bertaktha `ilmu`ilmu haqiqi. Terkuburnya manusia itu dan asmanya buat selamanya umur Dunia walAkhirah, adalah mereka yang tidak kembali kepada azali. Yakni, pantulan bayangan dicermin minda yang tidak mengambil kepedulian kepada bisikkan Malaikah yang sentiasa membawa `ilmu`ilmu haqiqi untuk membangunkan yang diiktiraf ‘mati’, didunia yang kasar ini.
Maka bertafaqqûr lah kamu yang memahami sepintas lalu `ilmu`ilmu yang tercatit disini – kamu lari dari haqiqi sebuk dengan Dunia, tidak menghirau akan kematian yang afdhol, dan fa’il larian-diri kamu kembali balik kepada azalinya tanpa `ilmu`ilmu untuk membawa kalian merentasi titian sirotulMustaqiim.
Bangun lah! Fajr sedang menunggu – kiranya kalian mengaku Muslim, dan Islaamnya AdDeen, maka kembali balik kepangkuanNya, dan bukan untuk menjerumus diri didalam bayangan Dunia yang tidak memberi mak’na, walaupun sepintas lalu. Kiranya kalian ingin kepada Allaah Tabaraka wa Ta`Ala, kembali mengenali diri sebenar Diri.
Dunia zahir dan bathin sentiasa menunggu ketibaan kalian apabila masaknya kefahaman kalian nanti – banyak lagi Dunia yang belum kalian merasai.. walaupun dunia yang berasma ‘bumi’ ini hanya satu yang kalian menghuni.
11 Shawal 1430
Tweet this post → or contact me on twitter: @aainaaridtz






















